HAMPIR 30,000 pengunjung Hab Sukan Singapura telah meluangkan hujung minggu mereka melakukan kegiatan menarik di edisi kelapan Community Play Day (CPD) Hab Sukan - Pesta Air, menurut satu kenyataan Hub Sukan Singapura, semalam.

Acara yang berlangsung selama dua hari di Pusat Sukan Air, OCBC Square, dan Splash-N-Surf pada hujung minggu lalu memberi peluang kepada penggemar sukan air dan kecergasan, serta keluarga mereka mencuba pelbagai kegiatan menarik.