Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hampir 50 peratus pelanggan guna e-pembayaran

Feb 25, 2021 | 5:30 AM
BERWASPADA TERHADAP PENIPUAN: Sedang hampir 50 peratus pelanggan gerai Encik Syed Ibrahimsha Ameer Hamsa di Tiong Bahru menggunakan e-pembayaran SGQR, pegerai ini berwaspada terhadap mereka yang cuba menipu semasa membayar menggunakan wadah itu. - Foto BH oleh GAVIN FOO
BERWASPADA TERHADAP PENIPUAN: Sedang hampir 50 peratus pelanggan gerai Encik Syed Ibrahimsha Ameer Hamsa di Tiong Bahru menggunakan e-pembayaran SGQR, pegerai ini berwaspada terhadap mereka yang cuba menipu semasa membayar menggunakan wadah itu. - Foto BH oleh GAVIN FOO -

SEAWAL 5 pagi, Encik Syed Ibrahimsha Ameer Hamsa, 32 tahun, telah mula menjual roti perata di gerai makan miliknya.

Gerai makannya yang dinamakan Muhammad Shazain Faiha Muslim Food Paradise terletak di Pasar Tiong Bahru.

Ia ditubuhkan sekitar dua tahun lalu dan dibuka dari 5 pagi hingga 9.30 malam.

Beliau turut memiliki sebuah lagi gerai makanan di Holland Drive, gerai makanan pertamanya yang ditubuhkan sekitar lima tahun lalu.

Kedua-dua gerai makanannya menjual hidangan India seperti roti perata, murtabak, nasi goreng, mi goreng dan nasi beriani.

Menurut Encik Syed, beliau mengambil keputusan menjadi penjaja kerana beliau sudah terdedah kepada perniagaan makanan sejak kecil lagi.

"Saya tolong bapa saya sejak muda lagi," ujar Encik Syed.

Bapanya, juga seorang penjaja, memiliki gerai yang menjual hidangan India di Pusat Makanan Maxwell.

"Dulu, saya mula tolong bapa saya cuci pinggan dan membersihkan meja. Lama-kelamaan, bapa saya ajar saya masak," kata Encik Syed.

Antara hidangan popular di gerainya ialah nasi beriani ayam, daging kambing dan daging kambing biri-biri.

Beliau mula menjual nasi beriani mulai 10 pagi dan biasanya habis dijual pada dua petang.

Bagi memelihara mutu dan rasa makanan yang dijual, Encik Syed sendiri yang membeli bahan-bahan makanan.

Beliau juga akan memasak kari dan sambal tumis yang dihidangkan dengan roti perata pada setiap hari, manakala, membuat rencah sambal hidangan mi goreng pada setiap dua atau tiga hari.

Kini, pelanggan yang tidak berpeluang mengunjungi gerai makanannya boleh membuat tempahan melalui aplikasi FoodPanda dan WhyQ.

Bagi menawarkan kemudahan kepada pelanggan, gerai makanan Encik Syed di Pasar Tiong Bahru dan Holland Drive menawarkan khidmat e-pembayaran melalui kaedah Kod Respons Pantas Singapura (SGQR) sejak lebih enam bulan lalu.

"Hampir 50 peratus pelanggan saya kini membeli makanan melalui e-pembayaran SGQR.

"Saya mendapati ia memudahkan saya kerana kadangkala, semasa saya menyiapkan makanan, tangan saya berminyak. Dengan kaedah e-pembayaran SGQR ini, saya tidak perlu pegang wang tunai atau khuatir tentang memulangkan baki wang pelanggan.

"Saya juga mempunyai lebih masa menyiap dan menyajikan makanan kepada pelanggan," kata Encik Syed.

Malah, ada juga pelanggan yang cuba menipu Encik Syed dengan berpura-pura mengimbas pelekat SGQR dan kata mereka sudah bayar.

Tetapi, Encik Syed bersikap berjaga-jaga dan akan memeriksa halaman transaksi bank di telefon bijak mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg