Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hampir 6 peratus keluarga S'pura ambil pelitup percuma pada hari pertama agihan

Feb 2, 2020 | 5:29 PM
Seorang penduduk mengambil pelitup muka di kaunter pengambilan di Pusat RC di Blok 47, Telok Blangah Drive.
Seorang penduduk mengambil pelitup muka di kaunter pengambilan di Pusat RC di Blok 47, Telok Blangah Drive. - Foto BH oleh TIMOTHY DAVID

Hampir enam peratus daripada semua keluarga di Singapura telah mengambil pelitup mereka, di akhir hari pertama latihan pengagihan pelitup percuma pada Sabtu (1 Februari), kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Desmond Lee. "Orang ramai bersikap sangat tenang dengan warga Singapura dan keluarga mereka datang berterusan mengambil pelitup mereka. Tiada sebarang laporan mengenai rasa cemas atau panik," katanya selepas satu lawatan ke pusat pengambilan pelitup di Pusat Jawatankuasa di Blok 47 Telok Blangah Drive pada Ahad ini (2 Februari). Beliau berkata pihak berkuasa telah menjalankan pengagihan secara bertahap-tahap untuk memastikan ia teratur. Pemerintah pada Khamis lalu mengumumkan bahawa semua 1.3 juta keluarga di sini akan diberikan empat pelitup percuma bagi setiap isi rumah. Pengagihan telah bermula Sabtu dan akan berakhir pada 9 Februari.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg