Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: Hampir 170 didenda langgar peraturan jarak selamat, lebih 30 tidak pakai pelitup

Apr 23, 2020 | 11:24 PM
Seorang Pegawai Sekitaran dilihat sedang meronda pasar Chong Pang pada 23 April 2020: - FOTO: JOEL CHAN
Seorang Pegawai Sekitaran dilihat sedang meronda pasar Chong Pang pada 23 April 2020: - FOTO: JOEL CHAN -

HAMPIR 170 orang telah didenda kerana ingkar mematuhi peraturan jarak selamat sedang lebih 30 didapati tidak memakai pelitup di luar rumah pada Khamis (23 April).

Ini berlaku walaupun bilangan orang yang pergi ke empat pasar popular setempat telah merosot setelah langkah lebih ketat diperkenalkan, lapor The Straits Times (ST).

Memberi perangkaan terkini mengenai peraturan jarak selamat itu di Facebook, Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli, berkata:

"Saya harap mereka yang hadapi denda memahami bahawa melanggar peraturan itu merupakan sesuatu tindakan yang tidak bertanggungjawab."

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pula berkata, bilangan orang di empat pasar itu berkurangan dengan barisan orang beratur lebih pendek selepas peraturan kemasukan ke pasar tersebut diketatkan pada Rabu.

Empat pasar tersebut ialah Pasar Geylang Serai; Pasar Chong Pang Market di Blok 104/105 Yishun Ring Road; dan pasar-pasar di Blok 20/21 Marsiling Lane serta Blok 505 Jurong West Street 52.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg