HAMPIR separuh daripada pekerja penghantaran makanan Grab yang terjejas dengan larangan alat mobiliti peribadi (PMD) telah memohon geran pemerintah untuk menukar kepada alat mobiliti lain sejauh ini, lebih sebulan sejak larangan itu berkuat kuasa.
Golongan yang terjejas ini, termasuk pekerja daripada syarikat lain, juga kini boleh menjalani satu program latihan baru, antara lain mengenai keselamatan dan kod tatalaku semasa menunggang di jalan raya.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg