Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hanya 17 pembantu rumah asing dijangkiti Covid-19 sejauh ini

Apr 23, 2020 | 3:04 PM
JUMLAH KECIL: Hanya 17 pembantu rumah asing dijangkiti koronavirus sejauh ini dan belum ada kes jangkitan disebabkan hubungan pekerja asing.
JUMLAH KECIL: Hanya 17 pembantu rumah asing dijangkiti koronavirus sejauh ini dan belum ada kes jangkitan disebabkan hubungan pekerja asing. - Fail

BELUM ada pembantu rumah asing yang dikesan dijangkiti Covid-19 daripada pekerja asing sejauh ini.

Daripada sejumlah 17 pembantu rumah asing yang disahkan positif Covid-19, kebanyakan mereka dijangkiti oleh majikan mereka, kata Kementerian Kesihatan (MOH) yang menjawab soalan akhbar The New Paper, Ahad lalu.

Menurut laporan itu, diantara 17 kes itu, Kes 102, 104 dan 108 dikaitkan dengan kelompok Wizlearn Technologies.

Ketiga-tiga mereka sama ada pekerja Wizlearn Technologies atau dikaitkan dengan pekerja mereka.

Satu lagi kes, Kes 21, seorang pembantu rumah asing berusia 44 tahun, dijangkiti dari majikannya, Kes 19, yang bekerja di kedai menjual produk kesihatan Yong Thai Hang, satu satu kelompok terawal dikesan. Kelompok ini telah pun ditutup.

Dengan jumlah jangkitan daripada asrama pekerja asing melonjak, terdapat spekulasi pembantu rumah asing mungkin berhubungan dengan pekerja asing yang telah dijangkiti semasa hari cuti mereka.

Satu pesanan di aplikasi WhatsApp mendakwa keadaan ini boleh menjadi tidak terkawal jika pembantu rumah dijangkiti pekerja asing ini dan membawa virus itu pulang ke majikan mereka.

Menjawab keprihatinan ini semasa diwawancara akhbar berbahasa Cina, Lianhe Zaobao pada Jumaat lalu, Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam berkata: "Hal pertama, pembantu rumah asing tidak boleh keluar rumah, dan kedua, jika anda meneliti data yang ada, kadar jangkitan di kalangan pekerja pembantu rumah asing adalah sangat rendah".

"Dari bukti yang kami ada sejauh ini, mereka dijangkiti dari majikan, bukan dari luar," kata Encik Shanmugam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg