Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hanya 51 peratus pemandu kereta sewa peribadi perolehi lesen vokasional sehingga 30 Jun

Jul 6, 2018 | 1:45 PM
LESEN VOKASIONAL: Grab sedang bekerjasama dengan LTA untuk menyokong pemandu yang masih ingin mendapatkan PDVL itu serta meneroka pilihan lain.
LESEN VOKASIONAL: Grab sedang bekerjasama dengan LTA untuk menyokong pemandu yang masih ingin mendapatkan PDVL itu serta meneroka pilihan lain. - Foto LIANHE ZAOBAO

SEKITAR 42,900 pemandu kereta sewa peribadi telah memohon bagi satu lesen vokasional yang mandatori sebelum Julai tahun lalu dan mendapat tempoh setahun untuk mendapatkan lesen itu.

Namun, hanya separuh daripada mereka berjaya mendapatkan lesen tersebut sebelum tamat tempoh itu pada 30 Jun lalu.

Ini bermakna kira-kira 21,000 pemandu itu tidak boleh menawarkan khidmat drebar privet seperti Grab lagi.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata hanya 22,000 pemandu, atau sekitar 51 peratus daripada mereka yang memohon bagi Lesen Vokasional Pemandu Kereta Sewa Privet (PDVL) sebelum 1 Julai tahun lalu berjaya lulus ujian.

Baki 3,100 pemandu telah mengikuti kursus yang diperlukan tetapi gagal dalam ujiannya manakala 900 pemandu pula mengikuti kursus tetapi tidak menjalani ujian.

Sementara itu, sekitar 16,900 pemandu, atau sekitar 40 peratus daripada pemohon, tidak mengikuti kursus mahupun menjalani ujian.

Grab enggan mengulas sama ada jumlah pemandu kereta sewa peribadi yang akif telah banyak berkurangan sejak beberapa minggu lalu.

Namun, syarikat itu berkata mereka sedang bekerjasama dengan Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) untuk mencari peluang pekerjaan bagi pemandu yang gagal mendapatkan lesen yang diperlukan itu.

Jurucakap Grab juga berkata mereka sedang bekerjasama dengan LTA untuk menyokong pemandu yang masih ingin mendapatkan PDVL itu serta meneroka pilihan lain.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg