Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Harga ayam segar naik kerana kos pembelian lebih tinggi dari M'sia

May 21, 2020 | 4:43 PM
Harga ayam segar di Singapura dijangka meningkat sebanyak kira-kira 10 hingga 15 peratus minggu depan. - Foto FAIL ST
Harga ayam segar di Singapura dijangka meningkat sebanyak kira-kira 10 hingga 15 peratus minggu depan. - Foto FAIL ST -

HARGA ayam segar di Singapura dijangka naik minggu depan, kerana pembekal perlu membeli ayam dengan harga lebih tinggi dari ladang ternakan di Malaysia.

Lapor The Straits Times pada Khamis (21 Mei), pengerusi Persatuan Peniaga Ternakan Encik Ong Kian San berkata harga ayam dari seberang Tambak telah meningkat sekitar 45 peratus sejak dua minggu lalu.

Encik Ong berkata: "Ramai pembekal telah menampung kos (yang bertambah) dan mengekalkan harga yang stabil buat masa... tapi kemungkinan besar harga akan naik minggu depan. Kita tidak mampu mengekalkan harga sedemikian sebegitu lama tanpa mengalami kerugian."

Beliau menjangka harga ayam segar yang dijual di pasar raya dan pasar basah meningkat antara 10 hingga 15 peratus minggu depan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg