Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Harga COE bagi kereta besar, kategori Terbuka lonjak semula

Nov 22, 2023 | 6:20 PM
TURUN NAIK: Harga COE dua kategori melonjak semula sementara yang lain turun berbanding harga dua minggu lalu.
TURUN NAIK: Harga COE dua kategori melonjak semula sementara yang lain turun berbanding harga dua minggu lalu. - Foto ST

Harga Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) untuk kereta yang lebih besar dan kategori Terbuka melonjak semula pada Rabu (22 Nov), setelah jatuh dua minggu lalu.

COE bagi Kategori B, bagi kereta lebih besar, lebih berkuasa dan kenderaan elektrik (EV), ditutup pada harga $135,336 – naik sebanyak 23.03 peratus daripada $110,001 yang dicatatkan pada 8 November.

Bagaimanapun, ia masih di bawah rekod $150,001 yang ditetapkan pada Oktober.

COE bagi kategori Terbuka ialah $135,002 – naik 7.99 peratus daripada $125,011 dua minggu lalu.

Walaupun COE tersebut boleh digunakan untuk mendaftarkan apa-apa jenis kenderaan kecuali motosikal, ia biasanya digunakan untuk kereta yang lebih besar.

Seperti COE Kategori B, COE bagi kategori Terbuka juga mencapai rekod pada bulan Oktober, pada harga $158,004.

Premium COE bagi kereta kecil dan EV, jatuh kepada $85,001 – turun 11.17 peratus daripada $95,689 dua minggu lalu.

Premium COE bagi kenderaan komersial susut sebanyak 5.27 peratus kepada $73,889, turun daripada $78,001.

Premium COE motosikal pula ialah $10,001 – turun 8.16 peratus daripada $10,889.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg