HARGA Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup lebih tinggi bagi semua kategori dengan dua kategori mencecah lebih $100,000.

Harga COE bagi kereta kecil hingga 1,600cc dan 130bhp, atau kenderaan elektrik (EV) dengan kuasa hingga 110 kilowatt (kw) meningkat 8.5 peratus daripada $68,001 kepada $73,801.

Harga bagi kereta lebih 1,600cc atau 130bhp, serta EV dengan lebih 110kw, meningkat 5 peratus daripada $95,889 kepada $100,684.

COE bagi kenderaan komersial, merangkumi kenderaan barangan dan bas, naik meningkat 2.9 peratus daripada $51,501 kepada $53,002.

COE motosikal pula ditutup pada $10,000 - 5.3 peratus lebih tinggi berbanding $9,490 semasa bidaan sebelum ini.

Kategori COE terbuka, yang biasanya digunakan bagi kereta lebih besar, naik 5 peratus daripada $95,901 hingga $100,697.

Ini adalah bidaan pertama sejak tiga minggu lalu - tambahan seminggu daripada tempoh biasa pembidaan sebelum ini.

Ini bermakna penjual kereta berpeluang mengumpul lebih banyak pesanan sekaligus memberi tekanan kepada harga COE.