Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Harga COE ditutup bercampur

Sep 19, 2018 | 4:54 PM
SIJIL HAK MILIK KENDERAAN: Premium COE ditutup bercampur bagi bidaan kedua September 2018.
SIJIL HAK MILIK KENDERAAN: Premium COE ditutup bercampur bagi bidaan kedua September 2018. - Foto FAIL THE STRATS TIMES

PREMIUM bagi Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) ditutup bercampur-campur bagi bidaan kedua bulan ini.

Premium COE kereta hingga 1,600cc dan 130bhp atau Kategori A ditutup pada $28,000, turun daripada $30,209.

Ini merupakan kali kedua premium COE bagi kereta lebih kecil dalam kategori itu jatuh bawah $30,000 sejak Julai.

Premium COE kereta lebih 1,600cc atau 130bhp yang di bawah Kategori B pula susut kepada $31,307 berbanding $32,001.

Bagi Kategori Terbuka (Kategori E), yang boleh digunakan bagi sebarang jenis kenderaan kecuali motosikal, premium COE naik daripada $31,801 kepada $32,000 .

Sementara itu, premium COE bagi motosikal (Kategori D) ditutup pada $4,214, turun daripada $4,390 dalam bidaan terakhir.

Premium COE bagi kenderaan komersial termasuk kenderaan barangan dan bas (Kategori C), pula naik sedikit daripada $27,001 kepada $27,104 .

Sebanyak 6,865 bidaan telah diterima, dengan kuota sebanyak 4,835 COE yang disediakan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg