HARGA Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup bercampur-campur dalam tender terkini semalam, sedang permintaan bagi kenderaan baru terus kekal lemah.

Premium COE bagi Kategori A, atau 1,600cc ke bawah dengan kuasa tidak melebihi 130bhp, susut kepada $25,556, berbanding $28,457 dalam taruhan dua minggu lalu.