HARGA Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) ditutup rendah bagi kesemua kategori kecuali motosikal sedang sekatan pandemik yang baru berkuatkuasa menghalang pembeli daripada berkunjung ke bilik pameran.
Sungguhpun begitu ia membawa pada lebih banyak khidmat kiriman mampu beroperasi.
Premium bagi kereta kecil sehingga 1,600cc dan 130bhp merosot paling banyak sekitar 12.9 peratus kepada $41.801, kadar rendah selama tiga bulan. Bagi kereta besar melebihi 1,600cc atau 130bhp, ia ditutup pada 3.2 peratus lebih rendah kepada $58,089.
COE Terbuka yang boleh digunakan bagi semua kenderaan kecuali motosikal tetapi kebanyakannya dimanfaatkan bagi kereta besar merosot sebanyak 1.6 peratus kepada $62,000.
Bagi kenderaan komersial, harga COE merosot 3 peratus kepada $41,701. Premium motosikal bagaimanapun naik sebanyak 8.6 peratus bagi mencecah kadar tertinggi $8,701.
Beberapa pengamat memberitahu akhbar The Straits Times peniaga motosikal mungkin menyimpan stok COE dengan harapan permintaan akan meningkat bagi khidmat kiriman jika negara ini melalui sekali lagi tempoh berkurung dengan bidaan COE pula digantung.
Tidak seperti kategori lain, spekulator bagi COE motosikal berdepan dengan risiko lebih rendah kerana wang pendahuluan yang diperlukan rendah. Jika mereka tersilap, mereka biarkan sahaja COE ini luput dan manakala wang pendahuluan pula dikorbankan.
Namun, jika permintaannya meningkat, spekulator ini akan meraih durian runtuh.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg