HARGA Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) semua kategori naik dalam bidaan semalam.

COE bagi kereta kecil (hingga 1,600 cc dengan kuasa tidak melebihi 130bhp) naik 8.02 peratus kepada $40,714.

Bagi kereta lebih besar, ia naik daripada $41,101 kepada $45,012.

COE bagi kenderaan barangan dan bas naik 8.42 peratus kepada $32,889 manakala premium motosikal naik kepada $7,670 daripada $7,300.

COE kategori Terbuka, yang boleh digunakan bagi semua jenis kenderaan tetapi selalunya digunakan bagi kereta besar, premiumnya meningkat 9.65 peratus kepada $45,510.