Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Harga COE terus naik untuk hampir semua kategori

Apr 7, 2022 | 5:30 AM
RAWAT MANGSA: Pekerja perubatan merawat mangsa di luar bangunan hospital selepas gempa bumi melanda Cianjur, wilayah Jawa Barat, Indonesia.
RAWAT MANGSA: Pekerja perubatan merawat mangsa di luar bangunan hospital selepas gempa bumi melanda Cianjur, wilayah Jawa Barat, Indonesia. - REUTERS

HARGA Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) terus naik bagi hampir semua kategori selepas bidaan terkini ditutup semalam.

Premium COE bagi kereta sehingga 1,600cc dan 130 kuasa kuda (bhp) naik dua peratus daripada $71,556 kepada $72,996.

Harga COE untuk kereta yang lebih besar atau lebih berkuasa ditutup pada $98,389, turun $500 atau kira-kira 0.5 peratus lebih rendah daripada $98,889 pada bidaan sebelumnya, lapor The Straits Times.

Kategori untuk kenderaan barangan dan bas meningkat sebanyak 6.6 peratus daripada $51,504 kepada $54,901.

Premium bagi motosikal pula naik hanya $2 kepada $10,503.

Premium untuk COE Terbuka, yang boleh digunakan untuk mana-mana jenis kenderaan kecuali motosikal tetapi kebanyakannya berakhir untuk kereta yang lebih besar, berakhir lebih tinggi pada $99,999 - meningkat kurang daripada satu peratus daripada $99,010.

Pembidaan itu adalah yang kedua terakhir di bawah tempoh kuota semasa, yang berlangsung dari Februari hingga April.

Peniaga kenderaan menjangkakan kuota untuk tempoh Mei hingga Julai menjadi lebih kecil, menjadikannya penting bagi mereka mendapatkan COE sekarang agar dapat memenuhi pesanan dan bukannya mengharapkan premium yang lebih rendah.

Di samping itu, kriteria kuasa baru untuk kenderaan elektrik (EV), yang berkuat kuasa dari pembidaan pertama pada bulan Mei, dijangka menambah lebih banyak tekanan pada harga dalam kategori kereta yang lebih kecil kerana beberapa EV dijangka dipindahkan ke kelas tradisional yang lebih mampu milik dengan perubahan itu.

Jenama yang menawarkan EV, yang akan disenaraikan semula pada bulan Mei, dikatakan telah menerima jumlah tempahan yang baik.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg