Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Harga diesel, petrol terus turun

Jul 23, 2022 | 7:48 PM
95b42467-4b1d-40a2-bd8e-38745dde5786
- ARIFFIN JAMAR

HARGA pam minyak terus turun, susut hingga tujuh sen seliter, iaitu paras terendah dalam empat bulan. Menurut Fuel Kaki, penjejak harga pam yang dibentuk Persatuan Pengguna Singapura (CASE), harga diesel kini antara $2.91(Sinopec, SPC) dengan $2.93 (Caltex, Shell). Harga diesel lebih $3 seliter dua minggu lalu. Bagi petrol, harga purata minyak 92-octane ialah $2.89 seliter. Dua minggu lalu, harganya $3.30. Harga 95-octane, yang lebih popular, secara purata ialah $2.94 seliter, kecuali di SPC yang menetapkan harga lebih rendah 1 sen, iaitu $2.93. Harga 98-octane, yang diperlukan hanya segelintir kereta, ialah $3.41 seliter, kecuali di Shell, iaitu $3.43 seliter. Pengurangan itu berlaku berikutan penurunan harga bahan api secara borong.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg