Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Harga flat HDB jualan semula melonjak 2.8 peratus pada suku kedua

Jul 22, 2022 | 3:20 PM
HARGA: Harja flat jualan semula naik dalam suku kedua berbanding suku pertama.
HARGA: Harja flat jualan semula naik dalam suku kedua berbanding suku pertama. - Foto: ST

SUKU kedua 2022 menyaksikan peningkatan harga jualan semula flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) berbanding suku pertama, menurut angka yang dikeluarkan HDB hari ini (22 Julai).

Indeks harga jualan semula bagi suku kedua mencapai 163.9, sekitar 2.8 peratus lebih tinggi daripada suku sebelumnya.

Pengurus negara bagi PropertyGuru Singapore, Encik Tan Tee Khoon, kenaikan harga itu berikutan penangguhan pembinaan flat Bina Ikut Tempahan (BTO) yang mendorong keluarga muda meneroka pasaran HDB jualan semula.

"Meskipun di pinggiran bandar dengan lokasinya berdekatan stesen MRT, flat-flat yang memerlukan masa 60 bulan untuk dibina berbanding projek di Yishun, yang berharga lebih rendah dan masanya 39 bulan untuk dibina," katanya.

Transaksi jualan semula jatuh 1.7 peratus kepada 6,819 kes daripada 6,934 kes semasa suku sebelum ini, bermakna ia kejatuhan berturut-turut dalam tiga suku

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg