Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Harga gas, elektrik naik suku pertama 2024

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Harga gas, elektrik naik suku pertama 2024

Kenaikan disebabkan antaranya cukai karbon, kos tenaga lebih tinggi
Dec 29, 2023 | 03:23 PM



Harga gas dan elektrik akan naik dari Januari hingga Mac 2024 disebabkan cukai karbon lebih tinggi, kenaikan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan peningkatan kos tenaga.

Pada suku pertama 2024, isi rumah yang dibekalkan elektrik oleh SP Group akan menyaksikan kenaikan 5 peratus dalam tarif elektrik kepada 32.58 sen setiap kilowatt-jam (kWj) selepas GST, meningkat daripada 31 sen pada masa ini.

Tarif gas juga akan meningkat kira-kira 4 peratus selepas GST, kepada 25.23 sen setiap kWj, berbanding 24.21 sen setiap kWj pada masa ini, menurut City Energy, pengeluar dan peruncit gas berpaip.

Pengguna yang mempunyai pelan harga tetap standard dengan peruncit elektrik tidak akan melihat sebarang perubahan dalam tarif elektrik mereka sehingga mereka memperbaharui kontrak mereka, kata Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) pada 29 Disember.

Mulai 2024, GST akan meningkat kepada 9 peratus, berbanding 8 peratus pada masa ini, manakala cukai karbon akan dinaikkan kepada $25 setiap tan pelepasan, berbanding $5 setiap tan pelepasan pada masa ini.

“Cukai karbon adalah sebahagian daripada langkah untuk menyokong peralihan Singapura kepada ekonomi rendah karbon dengan mengemudi pengguna dan pengeluar menjauhi barangan dan perkhidmatan berintensif karbon, memastikan perniagaan bertanggungjawab ke atas pelepasannya dan mengukuhkan usaha untuk membangunkan huraian rendah karbon,” kata jurucakapnya.

Syarikat penjanaan kuasa yang mengenakan cukai karbon dijangka akan menyalurkan sebahagian daripada kos kepada peruncit elektrik seperti SP Group yang kemudiannya boleh memindahkan kos tambahan itu kepada pelanggannya.

Purata harga gas yang digunakan untuk mengira tarif elektrik bagi suku pertama 2024 juga telah meningkat berbanding suku sebelumnya, kata EMA.

Ia menyatakan bahawa kira-kira 95 peratus tenaga elektrik Singapura berasal daripada gas asli yang diimport. Ini bermakna Singapura tidak boleh terlindung sepenuhnya daripada perkembangan dalam pasaran tenaga sejagat.

“Ketika kami meneruskan peralihan tenaga kami, gas asli, yang merupakan bentuk bahan api fosil terbersih, dijangka kekal sebagai bahan api dominan untuk Singapura dalam jangka sederhana,” kata EMA.

Gas asli akan kekal sebagai sumber tenaga utama negara untuk dekad akan datang, menyumbang lebih daripada 50 peratus campuran tenaga Singapura menjelang 2035, walaupun Singapura beralih kepada teknologi yang lebih bersih untuk menyahkarbonkan sektor tenaga.

Namun begitu, isi rumah akan tetap menerima bantuan untuk kenaikan bil.

Dari Januari 2024 hingga Disember 2025, isi rumah Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang layak akan menerima tambahan $20 setiap suku menerusi rebat U-Save untuk mengurangkan kesan kenaikan cukai karbon dan harga air pada 2024 dan 2025.

Kos air juga akan naik sebanyak 50 sen bagi setiap meter padu, bermula dengan kenaikan 20 sen pada April 2024 dan kenaikan 30 sen pada April 2025.

Rebat U-Save adalah sebahagian daripada skim Baucar GST, yang menyediakan isi rumah HDB berpendapatan rendah dan sederhana dengan rebat setiap suku sebanyak $220 hingga $380 untuk mengimbangi bil utiliti mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >