HARGA ikan seperti ikan bawal Cina dan kerapu merah kian melambung menjelang Tahun Baru Cina (CNY) minggu depan, dengan beberapa penjual terpaksa menaikkan harga dua kali ganda.
Beberapa penjual memberitahu Berita Harian (BH) bahawa ikan bawal Cina kini dijual pada harga $70 hingga $100 sekilo, naik daripada sekitar $40 hingga $50 sekilo pada November lalu.
Harga ikan kerapu merah juga naik sehingga $75 sekilo, daripada sekitar $40 hingga $50 sekilo pada November.
Di samping itu, harga ayam dan daging juga menyaksikan lonjakan daripada sekitar $9 bagi sekilo daging lembu kepada $15 sekarang.
Sayur-sayuran dan telur juga menyaksikan kenaikan.
Kebanyakan penjual berkata kenaikan harga semasa musim perayaan memang biasa tetapi kenaikan ini diburukkan lagi dengan banjir di Malaysia bulan lalu.
LAPORAN SELANJUTNYA: Harga barang pasar naik; peniaga buat penyesuaian


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg