Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Harga ikan naik...

Nov 8, 2022 | 5:30 AM
HARGA TERUS MENINGKAT: Menurut beberapa penjual ikan di Singapura, harga bagi makanan laut di sini telah meningkat sebanyak 20 hingga 30 peratus. - Foto BH oleh ALPHONSUS CHERN
HARGA TERUS MENINGKAT: Menurut beberapa penjual ikan di Singapura, harga bagi makanan laut di sini telah meningkat sebanyak 20 hingga 30 peratus. - Foto BH oleh ALPHONSUS CHERN -

PARA penjual ikan di sini menghadapi kenaikan harga bagi sebanyak 20 hingga 30 peratus makanan laut daripada pembekal dalam tempoh dua bulan lepas.

Mereka yang dihubungi Berita Harian (BH) semalam menyatakan ia disebabkan kedatangan awal musim tengkujuh tahun ini. Ditambah kenaikan kos bahan api dan pekerja, peniaga-peniaga ini berkata ia telah menyebabkan harga ikan dan makanan laut dari Malaysia melonjak.

"Apabila cuaca buruk, bekalan ikan merosot kerana nelayan tidak dapat keluar bekerja," kata Encik Alex Lee, 55 tahun, pemilik gerai makanan laut di Pasar Tekka.

"Harga makanan laut ini ditentukan oleh bekalan ikan yang kami dapat. Apabila cuaca buruk, bekalan berkurangan dan pembekal akan menaikkan harga," jelasnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg