HARGA minyak mencatat kenaikan dua angka dalam dua minggu dan naik sebanyak 11 sen seliter, didorong oleh kos minyak mentah dan produk yang lebih tinggi.
Menurut Fuel Kaki, penjejak harga petrol dan diesel yang ditubuhkan oleh Persatuan Pengguna Singapura (Case), kenaikan paling mendadak adalah bagi diesel, dengan kadar yang dicatatkan meningkat antara lapan dengan 11 sen sejak 31 Januari lalu.
Diesel di Caltex dan Shell kini berharga $2.36 seliter sebelum diskaun, dan $2.31 di Esso, Sinopec dan SPC.
Bagi pemandu teksi, kenaikan harga minyak sebanyak sepuluh sen bermakna mereka yang memandu jarak 3,000 kilometer sebulan dan mengisi minyak di stesen awam akan menanggung lebih kurang $30 dalam perbelanjaan bulanan mereka.
Sebuah van penghataran yang mengunakan diesel pula dan memandu jarak 4,000 kilometer sebulan akan perlu membayar sekitar $40 lebih setiap bulan.
Pemandu kenderaan yang lain juga tidak terkecuali kerana harga petrol naik antara lima dengan sepuluh sen seliter.
Namun, gred premium Sinopec telah diturunkan sebanyak enam sen kepada $3.23 untuk seliter minyak.
Caltex, Esso dan SPC - di antara satu-satunya yang menawarkan petrol oktana 92 - kesemuanya mempunyai harga yang sama dan berharha $2.72 seliter.
Petrol oktana 92 adalah gred petrol termurah yang boleh digunakan oleh kebanyakan kereta di sini.
Harga ini menunjukkan kenaikan lima sen di Caltex, kenaikan tujuh sen di Esso dan kenaikan 10 sen di SPC.
Petrol oktana 95 yang popular juga meningkat dengan Caltex dan Shell mencatatkan kenaikkan harga sebanyak enam sen kepada $2.78 seliter.
Esso dan Sinopec menaikkan harga sebanyak tujuh sen ke $2.76 dan SPC pula naik 10 sen ke $2.75 seliter.
Petrol oktana 98 pula yang tidak diperlukan kebanyakan kereta di sini naik tujuh sen di Esso dan Sinopec dan SPC naik 10 sen ke $3.23 seliter.
Harga di Shell pula naik enam sen ke $3.27 seliter.
Gred premium 98 di Carltex pula naik sembilan sen ke $3.44 dan di Shell naik enam sen ke $3.49.
Harga di Sinopec pula turun enam sen ke $3.23 seliter dan hanya Shell. Carltex dan Sinopec menawarkan minyak grade premium 98 ini.
Mengikuti jenama, SPC telah mencatatkan kenaikan terbesar, dengan harga petrol naik 10 sen, dan diesel sebanyak 11 sen.
Peruncit milik China itu, bagaimanapun, masih antara yang paling murah selepas diskaun.
Diselnya berharga $1.85 seliter selepas diskaun kad kredit - yang paling rendah dalam kalangan peruncit dengan rangkaian yang besar.
Sesama jenama China Sinopec, yang hanya mempunyai tiga cawangan, menawarkan diesel pada harga $1.80 seliter selepas diskaun.
Disel termahal adalah di Shell, yang menjualnya pada harga $2.12 seliter dengan kad UOB One, dan $2.03 dengan kad lain.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg