Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Harga pakej haji 2024 lebih murah berbanding 2023; pakej tidak melebihi 28 hari

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RENCANA

Harga pakej haji 2024 lebih murah berbanding 2023; pakej tidak melebihi 28 hari

Mar 03, 2024 | 09:36 AM



Harga pakej haji yang ditawarkan tahun ini lebih rendah dibandingkan dengan harga pakej pada 2023.

Ini dek beberapa faktor seperti nilai dolar Singapura yang kukuh dan harga rendah yang ditawarkan hotel-hotel di Arab Saudi sempena musim haji 2024, menurut beberapa agensi dilantik yang menawarkan pakej haji yang dihubungi Berita Minggu (BM).


Difahamkan juga bahawa terdapat beberapa kriteria baru dalam menawarkan pakej haji, termasuk memastikan pakej tidak melebihi 28 hari dan membawa jemaah masuk ke Makkah dahulu.

Akhbar ini telah berusaha mendapatkan senarai harga pakej haji diluluskan pada tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya di laman web Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).

Tahun ini, Muis telah melantik lapan agensi dan meluluskan 23 pakej haji, dengan purata pakej berharga sekitar $11,595. 

Bagi musim haji pada 2023, harga pakej haji naik sekitar $1,500 jika berbanding tahun-tahun sebelumnya disebabkan kos penginapan dan cukai lebih tinggi. Harga pakej secara purata bagi tahun itu ialah sekitar $14,150.

Untuk 2024, harga pakej selama 15 hari yang ditawarkan agensi TM Fouzy Travel & Tours, misalnya, berharga $7,600 untuk bilik dikongsi dua orang, atau sekitar $506 sehari. Penginapan di bawah pakej ini termasuk Hotel Dallah Taibah di Madinah dan Safa Al-Ikhwah 1 di Shisha.

Ini lebih murah berbanding pakej dengan jumlah hari, jenis bilik dan penginapan yang sama pada 2023, yang berharga $9,990, atau sekitar $666 sehari.

Pakej 24 hari yang ditawarkan agensi Noor Mohamad Services & Travel tahun ini pula berharga $12,155 untuk bilik dikongsi dua orang, atau sekitar $506 sehari. Penginapan di bawah pakej ini termasuk Al-Ghufran Safwah Hotel Makkah, Madinah Hilton dan Ali Umar Ali Bagenduh Apartment di Shisha.

Tahun lalu, pakej serupa untuk bilik yang dikongsi dua orang dengan penginapan di Al-Ghufran Safwah Hotel Makkah, The Oberoi Madina dan Ali Umar Ali Bagenduh Apartment di Shisha berharga $17,302 untuk 26 hari. Ini sekitar $665 sehari.

Pengarah Noor Mohamad Services & Travel, Ustazah Juyda Noor Mohamad, berkata kos lebih rendah bagi agensinya adalah kerana dua sebab – jumlah hari lebih pendek dan harga baik yang diberikan pihak hotel.

“Sebelum Covid-19, kami selalu menginap di Madinah Hilton. Tetapi waktu pandemik, kami tukar hotel kepada The Oberoi Madina. Tahun ini pula, kami kembali ke Madinah Hilton. Disebabkan hubungan baik agensi dengan hotel, pihak hotel memberikan harga baik kepada kami walaupun setiap tahun harganya berubah-ubah.”

“Tahun ini juga, banyak agensi tawarkan pakej haji dengan tempoh lebih pendek, oleh itu, harganya berkurang sedikit,” kata beliau.

Pengarah urusan TM Fouzy Travel & Tours, Ustaz Tengku Mohamad Fouzy Tengku Mahid Jumat, pula berkongsi bahawa faktor nilai dolar Singapura yang kukuh mungkin juga telah menyumbang kepada harga pakej yang lebih rendah.

“Ini membantu kami dalam mengurangkan sedikit perbelanjaan jemaah,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >