Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Harga petrol di S'pura jatuh bawah $2

May 12, 2020 | 4:29 PM
Harga petrol gred 95-octane, iaitu gred petrol popular di sini, jatuh kepada $1.99 seliter bagi semua jenama stesen pam minyak. - Foto FAIL ST
Harga petrol gred 95-octane, iaitu gred petrol popular di sini, jatuh kepada $1.99 seliter bagi semua jenama stesen pam minyak. - Foto FAIL ST -

Harga petrol gred 95-octane, iaitu gred petrol popular di sini, jatuh kepada $1.99 seliter di semua stesen minyak di Singapura, kali pertama ia jatuh serendah itu dalam beberapa tahun.

Menurut laman web yang menjejak harga minyak di Singapura Fuel Kaki - yang diuruskan Persatuan Pengguna Singapura, harga petrol gred 95-octane, jatuh lima sen kepada $1.99.

Ini berbanding harganya iaitu $2.04 seliter minggu lalu, apabila penjual petrol runcit menurunkan harga lima hingga enam sen seliter berikutan harga minyak mentah yang jatuh.

Petrol paling murah, gred 92-octane kini berharga $1.95 seliter di semua stesen minyak yang menjualnya. Stesen minyak yang dikendalikan Shell dan Sinopec tidak menjual petrol gred ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg