Topik diikuti
Pergi ke BHkuHargai jasa guru sekolah pendidikan khas yang latih murid berdikari
Hargai jasa guru sekolah pendidikan khas yang latih murid berdikari
Hargai jasa guru sekolah pendidikan khas yang latih murid berdikari
HARGAI JASA: (Dari kiri) Cik Kamsih Afandi bersama anaknya Encik Ahmad Salim Buang, bertemu kembali dengan bekas guru Encik Salim, Cik Santha Raman di sambutan ulang tahun ke-50 Minds Sekolah Woodlands Green, antara sekolah pendidikan khas tertua di Singapura. - Foto BH oleh MATTHIAS CHONG -
Nov 1, 2018 | 5:30 AM
SEBAGAI ibu kepada seorang anak berkeperluan khas, Cik Kamsih Afandi sering risau siapakah yang akan menjaga anaknya setelah beliau tiada lagi di dunia.
Kini, beliau amat bersyukur anaknya, Encik Ahmad Salim Buang, 30 tahun, yang dilahirkan dengan sindrom Down, bukan sahaja mampu bekerja dan berdikari, bahkan meringankan beban keluarga dan membantu membiayai perbelanjaan keluarga mereka.
