Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Hari Ahad Bebas Kereta kembali pada 17 Mac

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hari Ahad Bebas Kereta kembali pada 17 Mac

Feb 26, 2024 | 04:17 PM



Menjelang 17 Mac, orang awam akan dapat berjalan, berlari dan berbasikal di beberapa jalan di Kawasan Sivik dan Kawasan Pusat Bandar (CBD).

Ini sedang hari bebas kereta pada setiap Ahad akan kembali setelah empat tahun ditiadakan.

Acara itu akan mula berlangsung dari 8 pagi hingga 2 petang, dengan jalan yang telah ditetapkan untuk ditutup daripada lalu lintas dari 8 pagi hingga 11 pagi.

Pengunjung boleh mencuba luncur kasut roda ‘inline skating’ dan aeromodelling di dua ruang acara di sepanjang Jalan St Andrew dan Esplanade Drive.

Aktiviti lain termasuk pemasangan interaktif, permainan pendidikan, senaman piloxing beramai-ramai dan berjalan kaki berpandu di ‘Tree Trail’ Kawasan Civic.

Singapore Fashion Runway (SFR), sebuah perusahaan sosial yang menyokong orang keperluan khas atau kumpulan yang kurang bernasib baik, akan melancarkan koleksi Mobiliti Aktif khas pada acara itu.

Koleksi itu termasuk kemeja-T, topi, beg silang dan kantung berzip yang akan diperagakan oleh belia SFR, dan boleh dibeli dari laman web SFR.

Basikal juga boleh disewa pada majlis tersebut.

Ini adalah Hari Ahad Bebas Kereta yang pertama sejak 2019, apabila laluan penuh sepanjang 5.5km dari Kawasan Sivik ke CBD merentasi Jambatan Esplanade ditutup pada 27 Oktober. Acara itu kemudiannya diadakan dari Jumaat hingga Ahad.

Hari Ahad Bebas Kereta 2024 ialah kerjasama antara Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB), Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), Lembaga Taman Negara (NPB), Sukan Singapura dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), kata LTA dalam satu kenyataan pada 23 Februari.

Hari Ahad Bebas Kereta telah melalui jangka percubaan selama enam bulan pada 2016, dengan Ahad terakhir setiap bulan ditetapkan sebagai hari bebas kereta. Acara 2024 akan datang bertujuan untuk mewujudkan kesedaran orang ramai yang lebih besar tentang faedah berjalan kaki, berbasikal dan menaiki pengangkutan awam sebagai cara pengembaraan yang mampan.

Ketua Eksekutif LTA Encik Ng Lang berkata: “Selain mempromosikan matlamat kurangkan penggunaan kereta, kami menggalakkan mobiliti aktif, dan berharap Hari Ahad Tanpa Kereta ini dapat memberi gambaran kepada orang ramai tentang apa boleh dilaksana apabila kami membayangkan semula ruang jalan kami untuk menjadi lebih mesra-jalan-berbasikal.”

Maklumat lanjut tentang penutupan jalan dan pengumuman aktiviti akan tersedia di laman web https://carfreesunday2024.sg/ kelak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >