Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hari cuti mandatori bagi pembantu rumah mulai akhir tahun

May 23, 2022 | 5:30 AM
Gambar fail Sheikh Youssef al-Qaradawi
Gambar fail Sheikh Youssef al-Qaradawi - AFP

HARI cuti mandatori akan dilaksanakan menjelang akhir tahun ini untuk pembantu rumah asing.

Selain itu, talian bantuan 24/7 dan temu duga daftar masuk adalah antara langkah untuk membantu kesejahteraan pembantu rumah asing di sini.

Langkah itu diumumkan oleh Menteri Negara (Pendidikan dan Tenaga Manusia), Cik Gan Siow Huang, semasa berucap di acara Hari Pekerja Perayaan Pekerja Domestik NTUC yang diadakan secara maya semalam.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Julai lalu mengumumkan bahawa majikan akan diwajibkan untuk memberikan satu hari cuti setiap bulan kepada pekerja domestik dan ia tidak boleh digantikan dengan wang tunai. Peraturan itu akan dikuat kuasa menjelang akhir 2022.

Dalam ucapannya, Cik Gan berkata hari cuti itu akan membolehkan pekerja domestik untuk membentuk rangkaian sokongan di luar dan mendapatkan waktu rehat.

Beliau menambah bahawa MOM akan bekerjasama dengan Pusat bagi Pekerja Domestik (CDE) dan rakan kongsi masyarakat lain untuk memperkenalkan lebih banyak program dan kegiatan bagi pekerja domestik supaya mereka dapat menghabiskan hari cuti mereka dengan lebih bermakna.

Selain itu, MOM telah bekerjasama dengan CDE untuk memantau semua pekerja domestik asing yang baru tiba sepanjang beberapa bulan pertama bekerja di sini dengan duta CDE juga membantu untuk mendekati mereka.

Antara lain, CDE juga telah menyediakan talian bantuan 24/7 yang dapat membantu pekerja domestik dengan segera yang dikendalikan dalam bahasa ibunda mereka, kata Cik Gan.

Cik Gan turut mengucapkan terima kasih kepada pekerja domestik yang telah terus bekerja untuk menjaga dan menyokong majikan mereka walaupun menghadapi cabaran pandemik Covid-19.

Sambutan semalam disertai dengan permainan dan persembahan oleh pekerja domestik.

Anggota jawatankuasa NTUC Central, Encik Raymond Chin, menyatakan ramai pekerja domestik yang tidak dapat pulang ke kampung sejak dua hingga tahun lalu akibat wabak Covid-19.

"Tanpa pengorbanan anda, ramai ibu bapa yang bekerja di Singapura mungkin akan menghadapi masa yang sukar untuk bekerja dan menjaga keluarga mereka," kata Encik Chin yang juga merupakan Setiausaha Agung Kesatuan Pegawai Keselamatan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg