Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hari Ibu: Jia Jia semakin selesa menjadi ibu 

May 8, 2022 | 2:57 PM
Kasih sayang Jia Jia terhadap anaknya, Le Le yang dilahirkan di Singapura, memang jelas terserlah.
Kasih sayang Jia Jia terhadap anaknya, Le Le yang dilahirkan di Singapura, memang jelas terserlah. - MANDAI WILDLIFE GROUP

Apabila Jia Jia menjadi ibu pada 14 Ogos tahun lalu, pegawai penjagaan haiwan, Cik Trisha Tay dan pasukannya di River Wonders yakin bahawa panda itu akan menjadi ibu yang baik.

Beberapa minit selepas melahirkan Le Le, Jia Jia mengangkat anaknya itu dengan lembut serta mendukung dan menjaganya.

Walaupun kelihatan letih setelah bersalin, Jia Jia tetap prihatin terhadap tangisan anak pandanya itu.

Mengimbas kembali kali pertama dua beranak itu memasuki kawasan pameran zon Hutan Panda Gergasi di taman itu pada 10 Mac, Cik Tay yang mengetuai pasukan panda berkata Jia Jia sering mengekori dan memantau Le Le.

Sejak itu, Le Le yang amat aktif telah belajar daripada ibunya tentang kemahiran bertakat yang penting seperti memanjat pokok.

Tambah Cik Tay, keakraban hubungan ibu dan anak panda itu amat terserlah, dan mereka berdua suka bermain bersama.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg