Presiden Halimah, PM Lee bersama 300 kakitangan awam sertai upacara sambutan Hari Kebangsaan maya

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Presiden Halimah, PM Lee bersama 300 kakitangan awam sertai upacara sambutan Hari Kebangsaan maya

Aug 6, 2021 | 5:04 PM

Presiden Halimah, PM Lee bersama 300 kakitangan awam sertai upacara sambutan Hari Kebangsaan maya

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Foto BH oleh ALPHONSUS CHERN
Foto BH oleh ALPHONSUS CHERN -

PRESIDEN Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong disertai lebih 300 kakitangan awam secara maya pada Jumaat (6 Ogos) bagi Upacara Memperingati Hari Kebangsaan di Istana.

Presiden Halimah mengundang Encik Lee ke Istana pada pagi Jumaat bagi acara tahunan itu.

Kakitangan awam dari pelbagai agensi pemerintah seperti Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) menghadiri acara itu menerusi aplikasi sidang video Zoom.

Format hibrid ini adalah bagi memastikan sambutan diadakan secara selamat dalam keadaan pandemik Covid-19 yang berterusan ini.

Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam dan Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat pula antara 300 hadirin maya.

Dengan menggunakan pakaian merah dan putih (warna bendera Singapura), peserta upacara ini membacakan ikrar dan menyanyikan lagu kebangsaan bersama.

Lagu Hari Kebangsaan tahun ini, The Road Ahead, dimainkan bagi penonton yang mengibar bendera pada penghujung upacara.

Dicipta penyanyi dan penggubah lagu, Linying, serta penerbit muzik Evan Low, lagu ini diterima baik orang awam sebagaimana yang terakam dalam lebih 3,000 video pengguna yang melibatkan diri dalam cabaran menari lagu ini pada aplikasi perkongsian video popular, TikTok.

Lagu ini juga boleh didengar di YouTube, Spotify dan Apple Music.

Dalam satu lampiran pos Facebook pada petang Jumaat, Presiden Halimah menggesa warga Singapura agar bersatu sedang negara ini meneruskan misi melawan pandemik Covid-19.

Beliau yakin Singapura akan tampil lebih kuat daripada krisis ini.

Dalam pos ini, beliau menambah Upacara Memperingati Hari Kebangsaan dikendalikan secara hibrid dengan kebanyakan hadirin menyertainya secara maya, sama seperti tahun lalu.

"Warga Singapura bersatu hati setiap Ogos bagi meraikan kemerdekaan negara ini menerusi siri acara, upacara dan perayaan. Pandemik Covid-19 mungkin mengubah suai cara kita menjalani kehidupan seharian kita tetapi kita masih berusaha memberi yang terbaik bagi menyesuaikan diri kita dengan tradisi zaman berzaman seperti Upacara Memperingati Hari Kebangsaan."

Perbarisan Hari Kebangsaan yang ditunda akan diadakan pada 21 Ogos di Marina Bay, selepas tamat kekangan Covid-19 pada Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg