Hari SAF disambut dengan perbarisan fizikal, siaran langsung dalam talian

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hari SAF disambut dengan perbarisan fizikal, siaran langsung dalam talian

Jul 1, 2021 | 9:25 PM

Hari SAF disambut dengan perbarisan fizikal, siaran langsung dalam talian

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Presiden Halimah menganugerahkan Warna Rejimen di Perbarisan Hari SAF pada Khamis (1 Julai).
Presiden Halimah menganugerahkan Warna Rejimen di Perbarisan Hari SAF pada Khamis (1 Julai). - MCI

ANGKATAN Bersenjata Singapura (SAF) menyambut Hari SAF dalam satu perbarisan yang disaksikan oleh Presiden Halimah Yacob di Institut Tentera SAFTI (SAFTI MI) pada Khamis (1 Julai).

Presiden Halimah menyampaikan Warna Negara kepada Unit Kombat Terbaik tahun ini iaitu Batalion Komando Pertama, serta Warna Rejimen baru kepada Ibu Pejabat Komand Senjata SAF, Ibu Pejabat Bekalan, Ibu Pejabat Pengangkutan dan Angkatan Pengerahan Tentera. Sekitar 350 anggota perkhidmatan SAF mengambil bahagian dalam perbarisan fizikal itu, yang dijalankan secara selamat dengan mematuhi langkah pengurusan selamat. Menerusi siaran video secara langsung melalui saluran media sosial Kementerian Pertahanan, anggota Perkhidmatan Negara Kerahan (NSmen), anggota perkhidmatan negara sepenuh masa (NSF) dan pegawai tetap lain menyertai perbarisan itu. Beberapa syarikat dan pertubuhan seperti Surbana Jurong dan Persatuan bagi Syarikat Kecil dan Sederhana turut menyertai pembacaan Ikrar SAF secara maya menerusi persidangan video dan siaran langsung di media sosial. Semasa perbarisan itu, Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, menyampaikan Ucapan Hari SAF dalam video yang dirakam untuk memuji anggota tentera lelaki dan wanita SAF di atas kepintaran, kecekalan dan komitmen mereka untuk bersiap sedia berkhidmat untuk negara apabila diperlukan walaupun dalam keadaan Covid-19 yang belum pernah berlaku sebelum ini. Beliau mengakui usaha dan profesionalisme mereka dan berkata: "Cara anggota tentera lelaki dan wanita SAF bertindak balas terhadap pandemik ini memberi saya keyakinan penuh bahawa memang kita telah dan akan muncul lebih kuat bersama-sama terhadap semua ancaman."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg