LAMBANG PENYATUAN: (Dari kiri) Nurnatisha Abdul Halim Moulasa dan Elfie Rifaie Nur Nazrul, kedua-duanya dari Sekolah Fernvale Gardens Minds, bersama Eaman Haydrian dari Sekolah Rendah Fernvale, dalam kegiatan menampal pelekat tangan pada papan tanda sempena Hari Sindrom Down Sedunia. - Foto JOHARI RAHMAT -
SENI MENYATUKAN MEREKA: (Dari kiri), Pengetua Sekolah Fernvale Gardens, Cik Chan Kwai Foong; Puan Noor Aishah Mohd Salim; dan Menteri Negara (Kesihatan), Dr Lam Pin Min, menyaksikan pelajar arus utama daripada Sekolah Rendah Fernvale menjalankan kegiatan seni bersama pelajar kurang upaya intelek daripada Sekolah Fernvale Gardens sempena sambutan Hari Sindrom Down Sedunia semalam. - Foto JOHARI RAHMAT -

TATKALA dunia meraikan Hari Sindrom Down Sedunia semalam, Sekolah Fernvale Gardens (FGS) kendalian Persatuan Terencat Akal Singapura (Minds) menyaksikan kerjasama lebih erat dengan Sekolah Rendah Fernvale (FPS) menyusuli perasmian pagar khas yang dinamakan 'Pagar Persahabatan'.
Pagar itu melambangkan keterbukaan antara pelajar sekolah arus utama menjalin hubungan mesra serta saling berkongsi sumber bersama pelajar sekolah pendidikan khas termasuk golongan kurang upaya dari sudut intelek atau disebut Sindrom Down.