SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Hari terakhir guna Baucar CDC

Hari terakhir guna Baucar CDC

Dec 31, 2022 | 5:30 AM

Hari terakhir guna Baucar CDC

GANTUNG AKAUN: Carousell telah menggantung akaun-akaun palsu dan telah memperkenalkan laman amaran mandatori pada aplikasi bergeraknya sebagai menangani peningkatan terkini dalam bilangan penipuan pancingan data. - Foto BH oleh KUA CHEE SIONG
GANTUNG AKAUN: Carousell telah menggantung akaun-akaun palsu dan telah memperkenalkan laman amaran mandatori pada aplikasi bergeraknya sebagai menangani peningkatan terkini dalam bilangan penipuan pancingan data. - Foto BH oleh KUA CHEE SIONG -

HARI ini hari terakhir bagi rakyat Singapura menggunakan Baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) yang mereka terima untuk 2021 dan 2022.

Dalam satu kenyataan media baru-baru ini, CDC dan Persatuan Rakyat (PA) berkata 1.2 juta isi rumah Singapura telah menuntut baucar CDC 2021 mereka manakala 1.16 juta isi rumah telah menuntut baucar CDC 2022.

Ini membentuk 98 peratus dan 95 peratus daripada semua isi rumah Singapura.

Daripada baucar yang diedarkan, hampir 90 peratus telah dibelanjakan di sekitar 20,000 penjaja dan peniaga yang mengambil bahagian.

Sekiranya tidak menggunakan baki baucar itu, isi rumah boleh mendermakannya kepada badan amal pilihan mereka.

Baki tersebut boleh didermakan sebagai wang tunai kepada badan amal melalui laman web Skim Baucar CDC.

Baucar akan didermakan kepada badan amal secara tunai dan potongan cukai untuk Tahun Taksiran 2024 mungkin disediakan oleh badan amal masing-masing, bergantung pada dasar mereka sendiri.

Sesiapa yang ingin menderma baucar mereka boleh melayari laman baucar.cdc.gov.sg untuk berbuat demikian.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg