Topik diikuti
Pergi ke BHkuHasrat adakan Hari Berpantun Senusantara tiap Januari

BAK KELUARGA JAUH: Cik Rohani (tiga dari kanan) gembira dapat bersama pencinta sastera Nusantara. - Foto DEWANI ABBAS
Feb 29, 2016 | 5:30 AM
Hasrat adakan Hari Berpantun Senusantara tiap Januari
MANFAAT yang diraih hasil pertemuan Ramah-Tamah Penyair Serumpun mendorong penganjurnya mahu mengadakan Hari Berpantun Senusantara setiap 30 Januari.
Novelis Cik Rohani Din, yang menganjurkan pertemuan itu pada akhir bulan lalu, berkata bahawa ahli teater dan pemenang Anugerah Tun Seri Lanang, Encik Nadiputra, telah menyatakan demikian pada peserta dalam pertemuan itu dan mengesyorkan agar Cik Rohani mengusahakannya.