Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Hasrat bantu masyarakat dorong pegawai PSD jadi relawan melalui gerakan MSF

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hasrat bantu masyarakat dorong pegawai PSD jadi relawan melalui gerakan MSF

Feb 29, 2024 | 05:30 AM



Perjalanan Cik Nina Zafar sebagai Befriender, atau Pendamping, di ComLink+ @ Jurong West bermula pada September 2023. 

Namun, penglibatan beliau dalam kerja-kerja sukarelawan bukan baru, kerana beliau sebelum ini menjalankan kerja sukarelawan bagi pelbagai pertubuhan luar dan menyertai program jangkauan masyarakat anjuran Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD).

Cik Nina, 47 tahun, menjadi lebih beriltizam melakukan kerja sukarelawan apabila anak sulungnya melanjutkan pelajaran di luar negara. Ini memberi beliau lebih banyak masa untuk memberi lebih tumpuan kepada usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Beliau mengambil peluang menjadi sukarelawan sebagai pendamping melalui gerakan Perkhidmatan Awam untuk Kebaikan oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).

Gerakan itu dilancarkan oleh Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, pada 5 Julai 2023. 

Kini Cik Nina, Penolong Pengarah Kanan (Pembangunan Organisasi) PSD, menawarkan sokongan dan kehadirannya sebagai peneman untuk Cik K, ibu empat anak yang berlatar belakang pendapatan rendah.

Semasa dihubungi, Cik Nina berkongsi dengan Berita Harian (BH) bahawa beliau melakukan lawatan rumah pertama ke rumah Cik K pada Ogos lalu.


“Semasa perbualan pertama kami, saya menyedari bahawa kami dapat berhubung melalui topik yang serupa seperti hal anak-anak dan Perkhidmatan Negara (NS),” tambah Cik Nina, ibu dua anak. 

Cik Nina kerap mengirim mesej teks, bertanya khabar secara berkala dan memberi sokongan kepada Cik K, terutama semasa waktu mencabar selepas pembedahan Cik K yang menghidapi barah dan tempoh rawatan perubatan serta pemulihan.

“Bagi saya, pengalaman sukarela telah memperkayakan kehidupan saya. Melalui penglibatan pelbagai kerja sukarelawan, ia membolehkan saya menyaksikan perbuatan kebaikan yang ada dalam masyarakat kita. Ini adalah sesuatu yang saya rasa tidak begitu lazim dalam kehidupan korporat dengan segalanya tertumpu pada kerja sahaja,” ujar Cik Nina yang baru-baru ini menubuhkan program UrbanSketch+ bersama rakan sesama minat dalam bidang lakaran kota. 

Selain peranan pendamping, minatnya terhadap seni dan mengajar mendorong Cik Nina bekerja dengan Pejabat Perkhidmatan Sosial (SSO) di Boon Lay dan Taman Jurong untuk mengajar seni kepada kanak-kanak dari keluarga ComLink+.

Program UrbanSketch+, anjuran bersama pertubuhan akar umbi Boon Lay dan SSO, diterapkan dalam kelas seni beliau. Program lapan sesi itu bermula pada pertengahan Februari 2024. 

Ia bertujuan memperkenalkan teknik lakaran kepada kanak-kanak berumur 10-15 tahun, meningkatkan pendedahan mereka kepada seni serta meningkatkan kesedaran mereka dan kemahiran pemerhatian.

“Seni menjadi alat untuk membina keyakinan dan memupuk kreativiti dalam diri mereka. Melalui program UrbanSketch+, saya berharap ia dapat memperkasakan mereka untuk mempamerkan bakat dengan yakin dan mempelajari kemahiran keusahawanan,” jelas beliau yang ini membantu mereka membuka mata kepada kemungkinan yang ada untuk berjaya, tidak kira latar belakang. 

“Bagi mereka yang berminat menjadi relawan, cari sesuatu yang sejajar dengan minat anda. Kerja sukarelawan bukan sahaja memanfaatkan masyarakat, bahkan memanfaatkan diri sendiri.

“Cadangan saya – cari peluang-peluang ini secara aktif dan ambil inisiatif untuk terlibat. Ia memberi kesan dan perubahan dalam masyarakat, tidak kira berapa besar atau kecil sumbangannya,” kongsi beliau yang turut menekankan bahawa pegawai PSD boleh mengambil peluang kerja relawan yang ditawarkan gerakan Perkhidmatan Awam untuk Kebaikan seperti yang dilakukannya.

Pada 2023, lebih 1,000 pegawai awam telah mendaftar untuk menawarkan kemahiran mereka melalui peranan pendamping kepada keluarga berpendapatan rendah dan membimbing pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >