Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hasut bunuh suami: Wanita nanti ekstradisi hadapi perbicaraan di AS

Jan 18, 2023 | 5:30 AM
df518826-d07e-4108-8e3a-3080d8a8c26a
- Foto ST

SEORANG wanita yang melarikan diri daripada Amerika Syarikat (USA) selepas dia didakwa menghasut kekasihnya untuk membunuh suaminya dan hanya mendiamkan diri semasa suaminya itu ditikam lebih 30 kali, kini sedang menanti ekstradisi ke USA dari Singapura untuk menghadapi perbicaraan.

Warga Arab Saudi, Fadaak Sahar Osama A. telah diberkas di sebuah hotel di Singapura pada September lalu.

Satu permohonan ekstradisi formal dari USA telah dibuat pada 22 November lalu.

Pada 21 Disember, dia dihadapkan di hadapan Hakim Daerah, Chee Min Ping.

Bukti telah dikemukakan oleh pihak negara, diwakili Pejabat Peguam Negara (AGC), dalam menyokong permohonan agar Fadaak dimasukkan ke penjara, bergantung kepada arahan Menteri Undang-Undang untuk dia diserahkan kepada USA.

Hakim Chee mengarahkan dia menantikan waran Menteri Undang-Undang.

Di bawah Akta Ekstradisi, dia boleh memohon untuk satu semakan kepada arahan itu dan tidak akan diserahkan sehingga 15 hari telah berlalu daripada tarikh arahan hakim, melainkan dia mengenepikan haknya untuk satu semakan.

Bukti termasuk satu laporan autopsi ke atas mangsa, Encik Darwin Garcia Franco, rekod-rekod telefon bimbit termasuk log-log panggilan yang dipadamkan, dan foto-foto Fadaak dengan Saif Al Obaidi - yang didakwa menikam suaminya itu - diambil pada hari lahir Fadaak semasa Encik Garcia Faranco berada di luar bandar.

Dalam satu penghakim bertulis yang diterbitkan semalam, Hakim Chee mendapati terdapat bukti mencukupi yang telah dikemukakan menunjukkan satu kes kukuh bahawa Fadaak telah melakukan kesalahan-kesalahan yang didakwa itu, lantas melayakkan ekstradisinya itu.

Dia dikehendaki di USA atas dua tuduhan - satu bagi membunuh peringkat pertama dan satu lagi bagi kesalahan bersekongkol untuk melakukan pembunuhan peringkat pertama terhadap suaminya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg