Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hati-hati... 130 jadi mangsa tipu dalam talian libat hantaran bungkusan

Polis beri amaran tentang kenaikan kes penipuan dalam talian sewaktu musim perayaan ini
Dec 16, 2022 | 5:30 AM
DILARANG TIMBA ILMU: Kelihatan sekumpulan pelajar wanita berjalan berdekatan Universiti Kabul, di Kabul, Afghanistan yang berdepan larangan mengikuti pengajian di menara gading mulai bulan ini.
DILARANG TIMBA ILMU: Kelihatan sekumpulan pelajar wanita berjalan berdekatan Universiti Kabul, di Kabul, Afghanistan yang berdepan larangan mengikuti pengajian di menara gading mulai bulan ini. - REUTERS

SEKURANG-KURANGNYA 130 orang telah kerugian kira-kira $182,000 selepas terjerumus dengan penipuan dalam talian dengan memancing data yang melibatkan penghantaran bungkusan dalam masa dua minggu yang lepas.

Polis semalam mengeluarkan nasihat memberi amaran kepada orang ramai tentang kemunculan semula penipuan dalam talian dengan memancing data menerusi mangsa, terutama sewaktu musim perayaan ini.

Mangsa akan menerima e-mel atau kiriman mesej memberitahu mereka bahawa bungkusan mereka sedang menunggu untuk dihantar atau mereka mempunyai bil yang tertunggak.

Mangsa akan mengklik pada pautan yang dipaparkan dalam mesej untuk mengetahui lebih lanjut tentang penghantaran bungkusan mereka.

Selepas mengklik pautan URL tersebut, mangsa akan dilencongkan ke laman web penipuan yang meminta butiran kad kredit atau debit mereka serta kata laluan sekali guna (OTP).

Mereka akan menyedari bahawa mereka telah ditipu apabila terdapat transaksi tanpa kebenaran yang dibuat pada kad kredit atau debit mereka.

Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak mengklik pautan URL yang diberikan dalam e-mel atau kiriman mesej yang diberikan oleh pengirim, tanpa diminta.

Orang ramai harus sentiasa mengesahkan kesahihan maklumat dengan laman web atau sumber rasmi, walaupun mereka sedang menjangkakan bungkusan akan dihantar, dan menyemak butiran transaksi sebelum meluluskan sebarang penghantaran, kata polis.

Selain itu, orang ramai tidak sepatutnya mendedahkan butiran peribadi atau perbankan Internet dan OTP kepada sesiapa.

Akhir sekali, orang ramai harus melaporkan sebarang penipuan caj terhadap kad kredit atau debit mereka kepada pihak bank dan membatalkan kad itu serta-merta, tambah polis.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg