Premium
Hawazi: Jangkaan ke atas Pusat Bahasa terus meningkat
Feb 15, 2015 | 5:30 AM
CERAMAH ARIF BUDIMAN KE-11: Selain ceramah Datuk Al Azhar dari Lembaga Adat Melayu Riau, Encik Hawazi turut melancarkan lagu Pusat Bahasa Melayu Singapura gubahan Encik Abdolah Lamat (baju batik hijau) dengan senikata Pendeta Dr Muhd Ariff Ahmad (berkerusi roda). Bersama beliau ialah pengarah MLCS Encik Mohd Noh Daipi. - Foto KHALID BABA. -
JANGKAAN masyarakat, khususnya guru bahasa Melayu, pelajar dan ibu bapa terhadap Pusat Bahasa Melayu Singapura (MLCS) didapati terus meningkat.
Demikian menurut Encik Hawazi Daipi, Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan dan Tenaga Manusia) sewaktu merasmikan Siri Ceramah Arif Budiman ke-11, semalam di bangunan MLCS di Bishan.

