HDB akan tawar lagi 8,500 flat BTO tahun ini

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

HDB akan tawar lagi 8,500 flat BTO tahun ini

Sekitar 4,900 bulan depan, lagi sekitar 3,600 November nanti
Jul 26, 2021 | 5:30 AM

HDB akan tawar lagi 8,500 flat BTO tahun ini

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
3e882fe2-d420-4427-b398-4ef3cdd5822b
-

LEMBAGA Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan menawarkan sekitar 4,900 flat Bina Ikut Tempahan (BTO) di Hougang, Jurong East, Kallang/Whampoa, Queenstown dan Tampines bulan depan.

Sekitar 3,100 hingga 3,600 flat BTO pula akan ditawarkan di Choa Chu Kang, Hougang, Jurong West, Kallang/Whampoa dan Tengah pada November nanti.

Ini sejajar dengan pelan HDB untuk melancarkan sekitar 17,000 flat HDB tahun ini seperti yang dirancangkan untuk memenuhi keperluan pembeli.

"Memandangkan kadar permohonan BTO yang secara tradisionalnya tinggi di bandar dan estet matang, pembeli flat digalak untuk menimbangkan flat BTO di bandar atau estet bukan matang bagi peluang lebih baik dalam mendapatkan rumah," kata HDB dalam satu kenyataan semalam.

Bekalan flat BTO bagi tahun ini lebih tinggi berbanding 14,600 flat yang dilancarkan pada 2019 dan 16,800 flat pada 2020.

Ia juga akan ditambah oleh baki flat yang ditawarkan melalui Penjualan Baki Flat (SBF) dan tempahan terbuka.

Trend bekalan yang semakin meningkat ini perlu untuk memenuhi permintaan yang kian melonjak bagi flat BTO dalam beberapa tahun ini.

"Membantu keluarga mendapatkan rumah pertama mereka terus menjadi keutamaan utama bagi HDB," kata kenyataan itu lagi.

Pemerintah akan menimbangkan faktor seperti keadaan pasaran hartanah dan ekonomi serta demografi jangka panjang dan trend penduduk bagi memenuhi aspirasi pemilikan rumah warga Singapura selain memastikan mereka mempunyai pilihan perumahan yang dimampui.

HDB juga berkata ia akan terus mengekalkan bekalan flat BTO yang sihat dan stabil setiap tahun.

Bilangan flat yang akan dilancarkan bagi tahun depan akan diumumkan apabila ia siap kelak.

"Memandangkan kadar permohonan BTO yang secara tradisionalnya tinggi di bandar dan estet matang, pembeli flat digalak untuk menimbangkan flat BTO di bandar atau estet bukan matang bagi peluang lebih baik dalam mendapatkan rumah...

Membantu keluarga mendapatkan rumah pertama mereka terus menjadi keutamaan utama bagi HDB." - Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dalam satu kenyataan semalam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg