Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

HDB bakal bina 340 unit flat dua, empat bilik di estet Kembangan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HDB bakal bina 340 unit flat dua, empat bilik di estet Kembangan

Feb 02, 2024 | 08:30 PM



Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) bercadang membangunkan dua menara kediaman 18 tingkat dengan kira-kira 340 unit Flexi dua bilik dan flat empat bilik bagi projek Bina Ikut Tempahan (BTO) di kawasan lapang berhampiran stesen MRT Kembangan.

Mengumumkan demikian dalam satu kenyataan pada 2 Februari, HDB berkata pembangunan itu bakal menyediakan kemudahan yang menyeluruh, termasuk kedai dan kawasan riadah serta Kelab Masyarakat (CC) Kampong Kembangan yang diperbaharui .

Menurut agensi perumahan awam itu lagi, projek BTO itu memberi kelebihan bagi keluarga kali pertama untuk tinggal lebih dekat dengan ibu bapa mereka, serta warga emas yang ingin berpindah ke rumah dengan saiz lebih kecil.

Estet baru itu terletak di kawasan yang dikelilingi Jalan Kembangan dan Lengkong Tiga.

Terdapat perancangan untuk dibangunkan kompleks lima tingkat bersebelahan dengan blok kediaman, yang akan disepadukan dengan Kampong Kembangan CC, tempat letak kereta bertingkat, pasar raya, kedai makanan, kemudahan penjagaan kesihatan pesakit luar dan kedai runcit.

Kampong Kembangan CC sedia ada akan diubah menjadi taman kejiranan seluas 0.34 hektar atau lebih separuh dari keluasan padang bola sepak.

Taman ini dijangka menampilkan taman permainan tiga generasi, sudut kecergasan dan gelanggang serba guna yang menggalak gaya hidup aktif merentas golongan umur yang berbeza.

Penambahbaikan lanjut termasuk penutupan terusan terbuka untuk membina taman dengan taman permainan tambahan dan ruang plaza untuk kegiatan masyarakat.

Selain itu, laluan berjoging yang lebih panjang, iaitu kira-kira 1.5 kali lebih lama daripada yang sedia ada, dan laluan berbasikal khusus juga merupakan sebahagian daripada rancangan itu, bagi mempertingkatkan ketersambungan ke Taman East Coast dan Kolam Air Bedok.

Rancangan tersebut juga merangkumi kemudahan komersial dalam pembangunan untuk menyediakan penduduk dengan kemudahan harian, termasuk pusat dialisis buah pinggang dan prasekolah.

Peningkatan akses kepada pengangkutan awam juga diberi keutamaan, seperti pembinaan laluan terlindung baru ke stesen MRT Kembangan dan sebagainya.

Bagi mengurangkan gangguan semasa pembinaan, langkah-langkah sementara seperti laluan sambungan berbumbung dari stesen MRT Kembangan ke Blok 110 hingga 116 akan dilaksanakan, membolehkan penduduk mengakses Stesen MRT Kembangan tanpa kesulitan. Pengurusan lalu lintas dan halangan bunyi juga akan dilaksanakan.

Kampong Kembangan CC sedia ada akan meneruskan operasi sehingga 30 Jun 2024, sebelum berpindah sementara ke Kampong Ubi CC.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >