Topik diikuti
Pergi ke BHkuHDB lancar lebih 7,000 flat baru di Tengah, estet matang
Nov 14, 2018 | 5:30 AM
HDB lancar lebih 7,000 flat baru di Tengah, estet matang
LEMBAGA Perumahan dan Pembangunan (HDB) semalam melancarkan penjualan 7,214 flat di bawah skim Bina Ikut Tempahan (BTO) dan Penjualan Baki Flat (SBF) bagi November.
Dalam satu kenyataan, HDB menyatakan terdapat 3,802 flat BTO untuk dijual, berharga antara $101,000 (tidak termasuk geran) bagi unit Flexi dua bilik di estet belum matang di Tengah, dengan lebih $472,000 (tidak termasuk geran) bagi flat lima bilik di estet matang Tampines.