Desak peminjam bayar balik secara mingguan, langgar peraturan
Premium
Desak peminjam bayar balik secara mingguan, langgar peraturan
Sep 9, 2018 | 5:30 AM
LINTAH DARAT CERUT PEMINJAM: Kad-kad rekod hutang menunjukkan firma-firma kredit memaksa peminjam membayar balik hutang secara mingguan - sesuatu yang melanggar peraturan. - Foto-foto BM oleh SAINI SALLEH -
DI SEBALIK peraturan yang menetapkan peminjam boleh membayar balik hutang secara bulanan, namun sesetengah firma kredit pula mendesak golongan peminjam membayar balik secara mingguan - satu langkah yang menyukarkan golongan itu dan menjebak mereka meminjam daripada firma kredit lain.
Firma-firma kredit juga tidak memberikan salinan kontrak pinjaman kepada peminjam untuk mengelak pengesanan perbuatan yang dilihat sebagai cuba melilit leher peminjam.

