Menggabungkan makanan tambahan daripada Herbal Pharm dikatakan boleh membantu mengekalkan tenaga, menghidratkan badan dan memberikan nutrien penting sepanjang tempoh berpuasa.
Diasaskan pada 2004, jenama neutraseutikal terkemuka ini memastikan semua produk dikeluarkan dengan ramuan semula jadi dan dengan rumusan bermutu tinggi.
Neutraseutikal merujuk pada sebarang nutrien yang berfungsi sebagai farmaseutikal yang memberikan kesan apabila diambil dalam jumlah tertentu.
Setiap produk disokong oleh penyelidikan yang dirumus secara saintifik demi memberi manfaat kesihatan yang optimum, khususnya pada bulan Ramadan.
Tiada masa untuk bersahur? Hanya campurkan Soy-Lite Collagen ke dalam minuman buah-buahan ketika bersahur atau berbuka puasa bagi hidangan yang cepat dan berkhasiat.
Soy-Lite Collagen mengandungi peptida kolagen dan inulin, yang dipercayai dapat menyokong fleksibiliti sendi dan mengurangkan ketidakselesaan semasa beribadah.
Puasa juga boleh menyebabkan mata kering, terutama apabila seseorang itu tidak minum air sepanjang hari.
Dengan kapsul i.360, yang kaya dengan lutein dan vitamin, ia dikatakan dapat mengurangkan keletihan mata, melindungi mata daripada kerosakan cahaya biru, dan mengatasi ketidakselesaan.
Produk i.360 membantu mencegah kemerosotan penglihatan, memastikan penglihatan yang tajam untuk membaca Al-Quran, bekerja dan menjalani kehidupan harian sepanjang Ramadan.
Bagi mengurangkan rasa penat berpuasa, Habbatus Nigella Sativa, dapat mengekalkan tahap tenaga walaupun seseorang itu makan sedikit sahaja ketika berahur.
Produk ini mengelakkan ketidakselesaan selepas berbuka puasa, membantu penghadaman, mengurangkan kembung perut dan mencegah rasa senak perut, menjadikannya lebih mudah menikmati hidangan.
Habbatus Nigella Sativa juga menyokong pernafasan, mengurangkan kesesakan dan alahan supaya boleh memberi tumpuan semasa bertarawih.
Jika anda rasa letih menjelang tengah hari, gunalah Dia-Med yang dapat dipercayai dapat membantu mengimbangi gula dalam darah, mengurangkan keletihan dan memastikan tahap tenaga stabil sepanjang puasa.
Penggunaan Dia-Med menyebabkan anda tidak perlu risau tentang lonjakan gula dalam darah, lebih-lebih lagi selepas menikmati hidangan manis sewaktu berbuka puasa.
Produk itu mengawal paras gula dalam darah secara semula jadi dan menyokong metabolisme glukosa yang sihat.
Oleh itu, anda boleh menikmati makanan sambil mengekalkan bacaan gula dalam darah yang baik.
Kuatkan juga imuniti semasa berpuasa dengan pengambilan madu Manuka. Kandungan antioksidan dan sifat antibakteria dalam madu tersebut dapat meningkatkan sistem imun, memastikan anda kuat melawan jangkitan.
Sesudu madu Manuka ketika sahur juga memberi rangsangan tenaga semula jadi, bagi memastikan anda aktif dan mencegah kepenatan.
Dapatkan nasihat perubatan profesional sebelum mengambil sebarang makanan tambahan, terutama jika anda sedang mengambil ubat-ubatan sedia ada.
Menurut Naib Presiden Agensi (Jualan) Herbal Pharm, Cik Fadilah Din, pengambilan makanan tambahan dalam rutin harian mampu menyokong kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan.
“Setiap badan memerlukan vitamin, mineral dan sebatian bermanfaat lain yang mencukupi untuk fungsi optimum, khususnya ketika Ramadan.
“Antara beberapa petua yang boleh diamalkan adalah mengutamakan makanan padat nutrisi ketika bersahur dan berbuka puasa.
Kekal hidrat dan keseimbangan elektrolit dalam badan.
“Elakkan makan berlebihan dan makanan yang tidak sihat. Akhir sekali, utamakan rehat dan tidur yang bermutu.
“Dengarkan juga segmen bual bicara Herbal Pharm di radio Warna 94.2 dari 3 hingga 7 Mac 2025, di mana kami akan menyentuh tentang makanan tambahan yang boleh membantu anda kekal bertenaga sepanjang Ramadan,” kata Cik Fadilah.
SEKILAS:
1. Layari https://www.herbalpharm.com.sg atau WhatsApp ke talian 9889-0004 untuk maklumat lanjut.
2. Kunjungi Herbal Pharm di alamat 8 Race Course Lane, Singapura 218735 (kedai runcit) atau di 1008 Toa Payoh North, #01-01, Singapura 318996 (bilik pameran).
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg