Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Hiasan Hari Raya serikan Lapangan Terbang Changi

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hiasan Hari Raya serikan Lapangan Terbang Changi

Apr 04, 2024 | 04:00 PM



Dari sekarang hingga 10 Mei, pelancong dan mereka yang mengunjungi Lapangan Terbang Changi boleh mencuci mata dengan hiasan Hari Raya yang menawan merentasi Terminal 1, 2, 3 dan 4 di kedua-dua kawasan awam dan transit.

Hiasan-hiasan tersebut dipasang bagi menyambut ketibaan Aidilfitri.

Menurut Kumpulan Lapangan Terbang Changi, paparan perayaan tahun ini memberi tumpuan kepada corak dan motif budaya seperti wau dan lampu colok Melayu.







Antara paparan yang menarik ialah dua pemasangan mekanikal termasuk arca bunga daun kelapa kering setinggi 4 meter yang boleh berputar di Terminal 2 dan ketupat berputar setinggi 4 meter di Terminal 3.

Ini adalah kali pertama pemasangan mekanikal sedemikian disertakan dalam pameran Hari Raya Lapangan Terbang Changi.

Ia adalah sebahagian daripada usaha pasukan hortikultur lapangan terbang itu untuk memastikan pengalaman visual bagi pelawat kekal segar dan menarik, terutama kerana 80 peratus daripada hiasan yang digunakan, seperti gerbang motif, telah dikitar semula dengan teliti dan digunakan semula untuk tahun keenam berturut-turut.

Selain motif fizikal, paparan Hari Raya tahun ini juga menggabungkan pelbagai pokok dan tanaman yang mempunyai nilai budaya penting termasuk daun pandan dan kelapa sawit, yang ditanam di tapak semaian Lapangan Terbang Changi sendiri.







Selain daya tarikan estetik tanam-tanaman itu, unsur botani ini juga berfungsi sebagai simbol warisan dan tradisi masyarakat Melayu.

Sebagai contoh, daun pandan, yang terkenal dengan baunya yang harum, memainkan peranan penting dalam banyak masakan dan juadah tradisional Melayu.

Begitu juga daun kelapa yang digunakan sebagai ‘pembungkus semula jadi’ untuk ketupat, yang sinonim dengan sambutan Lebaran.

Menyelitkan lagi unsur budaya ke dalam pameran tersebut, gubahan bunga mempamerkan gabungan cukup harmoni orkid kuning dan hijau, termasuk menampilkan ‘Dancing-lady Orchid’ berwarna kuning keemasan.

Ini sebagai penghargaan kepada warna emas yang merupakan warna penting merentasi pelbagai budaya Asia Tenggara, kata CAG.

Sebagai salah satu hab penerbangan antarabangsa yang paling terhubung di Asia, Lapangan Terbang Changi menghubungkan Singapura ke sekitar 150 bandar di seluruh dunia, dengan hampir 100 syarikat penerbangan mengendalikan lebih daripada 6,700 penerbangan setiap minggu.

Sebagai lapangan terbang yang paling banyak merangkul anugerah di dunia, Changi telah memenangi lebih 670 anugerah untuk perkhidmatan kakitangan lapangan terbang yang konsisten dan cemerlang, pengalaman penumpang dan piawaian keselamatan.

Selain Hari Raya, Lapangan Terbang Changi juga sering dihias indah pada sambutan perayaan lain, menambah pada kemeriahan musim perayaan tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >