Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hidupkan Ramadan dengan bacaan Al-Quran

Apr 23, 2021 | 5:30 AM
006c8bda-c5fd-4eeb-9a79-1eb9f8460bdf
-

ANTARA ibadah yang sangat digalakkan dalam bulan Ramadan adalah membaca Al-Quran.

Ganjaran yang besar menanti mereka yang membacanya, seperti mana yang termaktub dalam sebuah hadis daripada Ibnu Mas'ud ra yang berkata:

"Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan 10 pahala, aku tidak bermaksud: Alif, Lam, Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf." (HR At-Tirmizi)

Justeru, kita perlu mengambil kesempatan untuk memperbanyakkan bacaan Al-Quran demi meraih ganjaran pahala yang berganda daripada Allah swt, lebih-lebih lagi di bulan

Ramadan, bulan turunnya Al-Quran.

Allah swt menyatakan firman-Nya dalam sebahagian ayat surah al-Baqarah yang bermaksud: "Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah." (2:185).

Ternyata, kewujudan Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca, tetapi kita perlu menghayati isi kandungannya yang merupakan petunjuk dari Allah swt untuk membezakan antara yang hak dan yang batil.

Petunjuk daripada Allah inilah yang akan membentuk jiwa dan minda manusia untuk menjadi Muslim yang baik dari segi perwatakan, tingkah laku dan berdaya tahan dalam mengharungi apa jua cabaran dalam kehidupan.

Turunnya Al-Quran pada bulan Ramadan membawa signifikasi yang besar kepada kita sebagai hamba Allah.

Ia menjadi peluang untuk kita mendekatkan diri kepada Allah dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala tegahan-Nya.

Walaupun ada sesetengah ibadah yang diperintahkan kepada kita tergantung kepada masa dan tempat tertentu seperti tuntutan ibadah haji, ada juga ibadah yang tidak terikat dengan masa dan tempat yang tertentu, seperti membaca Al-Quran.

Oleh itu, umat Islam digalakkan untuk terus membacanya, walaupun di luar bulan Ramadan.

Dengan kehadiran norma baru, ia sekali gus mengubah masyarakat untuk mengadaptasi cara pembelajaran Al-Quran dan pelaksanaan tadarus secara beramai-ramai ke dalam bentuk yang lebih sesuai.

  1. Penulis Ketua Jabatan Dakwah Dan Pembangunan Masyarakat, Masjid Al-Islah.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg