Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

‘Hikmah Senja’ dilancar karyawan penjagaan kesihatan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

‘Hikmah Senja’ dilancar karyawan penjagaan kesihatan

Apr 28, 2024 | 01:41 PM



Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA) telah menerbitkan buku pertamanya berjudul Hikmah Senja, yang mengetengahkan topik meliputi penuaan, disasarkan kepada warga senja dan penjaga mereka.


Buku dwibahasa dalam bahasa Melayu dan Inggeris itu menghimpunkan nasihat dan sumbangan daripada pelbagai lapisan individu seperti pakar kesihatan, pendakwah, warga senja dan penjaga warga senja itu sendiri.

Ia dilancarkan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, pada 27 April dalam satu majlis makan malam Hari Raya MHPA di Four Points by Sheraton.

Berkongsi kepada Berita Harian (BH) sebelum majlis bermula, editor buku tersebut, Dr Muhammad Faisal Johandi – seorang lagi editor ialah Dr Shariffa Syahidah Chishty – menjelaskan penerbitan buku tersebut bersempena ulang tahun ke-20 MHPA dan terhasil menyusuli sesi perkongsian yang dihadirinya pada awal Mac.


Beliau menjelaskan: “MHPA, dengan kerjasama Akademi Palang Merah Singapura, mengadakan siri perbincangan tentang kencing manis, angin ahmar… serta sesi terakhir iaitu tentang demensia.

“Semasa sesi itu, yang saya kendalikan, ada penjaga yang berkongsi isu dan cabaran yang mereka hadapi. Saya amat terkesan, apa lagi sebagai karyawan penjagaan kesihatan.

“Saya sedar terdapat keperluan bagi kami (sebagai karyawan penjagaan kesihatan) untuk mendidik masyarakat kita dengan lebih baik tentang pengetahuan dan kisah bersangkutan penjagaan, demensia dan banyak lagi aspek lain.”

Ini lebih-lebih lagi dengan penduduk masyarakat Singapura yang kian menua, katanya.

Berbekalkan kesedaran itu, beliau dan pasukan penerbitannya melakar buku dengan himpunan kisah sebenar agar ia “sesuatu yang bersifat peribadi”, “mudah dijangkau dan tidak terlalu rumit” untuk difahami.

“Kita seharusnya berkongsi tentang penuaan bukan dari aspek negatif, tetapi melihat penuaan dari sudut pemikiran bahawa ia adalah satu lagi peluang bagi golongan senja memanfaatkan kehidupan mereka dan faedah yang diraih dalam fasa kehidupan tersebut,” tambah beliau.

Dr Faisal akur antara cabaran genting dalam penerbitan buku tersebut ialah mengelakkan daripada penggunaan istilah perubatan agar pembaca dapat “menghadam” apa yang ingin disampaikan.

Pendekatan menghasilkan buku tersebut secara dwibahasa juga dilakukan kerana beliau sedia maklum tidak semua masyarakat Melayu/Islam dapat bertutur atau memahami Bahasa Melayu dengan baik.


“Kami memang membuat keputusan untuk gabungkan kededua bahasa Melayu dan Inggeris… kerana kami tidak hanya ingin sampaikannya kepada masyarakat Melayu semata-mata,” ujarnya.


Penerbitan buku ini, kata beliau, adalah salah satu daripada rancangan lebih besar bagi MHPA.

Dr Faisal menjelaskan:

“Buku ini dibahagikan kepada bab-bab penting jadi memandang ke hadapan, insya-Allah, kami ingin (kembangkan) kerjasama dengan persatuan dan pertubuhan lain untuk lihat bagaimana kami dapat aturkan program usaha jangkauan kami. Contohnya usaha ‘bedah buku’, di mana kami akan mengupas bab-bab dengan lebih terperinci dan kemudian kami boleh adakan sesi penglibatan atau seminar bagi salah satu topik tersebut.”

Terdapat 500 naskhah yang telah dicetak bagi edisi kali ini, yang diedarkan secara percuma.

Naib Presiden MHPA, Dr Nurhidayati Suphan, berkongsi kepada pihak media selepas acara bahawa beliau menzahirkan harapan agar ia dapat bergabung dan menggembleng tenaga dengan lebih banyak agensi atau badan Melayu/Islam lain bagi “melakar lebih banyak inisiatif bersama” untuk masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >