Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Himpunan di Clarke Quay potensi cetus acara perebak utama: MTF

Jan 3, 2022 | 5:30 AM
LANGGAR PERATURAN PENGURUSAN SELAMAT: Ramai orang dilihat berkumpul untuk menyambut Tahun Baru di Clarke Quay dalam satu video yang tular di media sosial. Pihak berkuasa sedang menyiasat. - Foto TIKTOK
LANGGAR PERATURAN PENGURUSAN SELAMAT: Ramai orang dilihat berkumpul untuk menyambut Tahun Baru di Clarke Quay dalam satu video yang tular di media sosial. Pihak berkuasa sedang menyiasat. - Foto TIKTOK -

AGENSI penguatkuasaan sedang menyiasat satu perhimpunan menyambut ketibaan Tahun Baru di Clarke Quay yang melanggar peraturan pengurusan selamat.

Menyifatkannya sebagai berpotensi menjadi perebak utama (super-spreader), Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid19 di Singapura berkata acara seperti itu tidak diadakan atau dibataskan di banyak negara tahun ini.

Acara yang dipercayai melibatkan ratusan orang berpesta secara spontan sambil menghitung detik menyambut ketibaan 2022 itu turut dirakam.

Video yang kemudian tular di media sosial itu menunjukkan ramai orang berkumpul di hadapan Riverside Point di Clarke Quay untuk menyambut ketibaan Tahun Baru pada 31 Disember lalu.

Mereka dilihat bersorak dan menyanyi, dengan ramai di antara mereka tidak memakai pelitup.

Malah, seorang lelaki dilihat berdiri di pentas sambil menuangkan minuman dari botol ke arah orang ramai di sekelilingnya.

Menerusi satu kenyataan semalam, pasukan bertindak itu berkata mereka memahami keinginan dan keghairahan sesetengah orang ingin menyambut ketibaan Tahun Baru, lebih-lebih lagi selepas pelbagai sekatan sosial dikenakan selama dua tahun.

"Sebagai sebuah masyarakat, kami telah berusaha membina daya tahan kita.

"Namun kami ingin mengingatkan semua orang bahawa kita masih di tengah-tengah krisis pandemik ini dan kita harus terus menjalankan tanggungjawab sivik.

"Jika semua orang terus memainkan peranan, situasi ini akan terus bertambah baik dan kita boleh menjangkakan 2022 sebagai tahun yang jauh lebih normal," ujarnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg