Topic followed successfully
Go to BHkuHingga 350 mangsa 'hilang' $483,000 sejak Januari 2022 akibat pancingan data
Hingga 350 mangsa 'hilang' $483,000 sejak Januari 2022 akibat pancingan data
Hingga 350 mangsa 'hilang' $483,000 sejak Januari 2022 akibat pancingan data
SEKURANG-KURANGNYA 350 mangsa telah menjadi mangsa penipuan pancingan data yang melibatkan penghantaran bungkusan, dengan jumlah kerugian berjumlah lebih $483,000 sejak Januari tahun ini.
Dalam kenyataannya hari ini (27 Mei), polis berkata mereka telah menyaksikan kemunculan semula penipuan sedemikian di mana mangsa akan menerima e-mel atau mesej teks daripada penipu yang menyamar sebagai firma logistik terkenal.
Si penyamar akan memaklumkan kepada mangsa bahawa terdapat bungkusan yang sedang menunggu untuk dihantar dan mengarahkan mereka untuk mengklik pautan URL untuk membuat pembayaran, menurut polis.
Apabila mangsa mengklik pada pautan URL, mangsa akan diarahkan semula ke laman penipuan, di mana mereka akan ditipu untuk memberikan butiran kad kredit/debit dan kata laluan sekali sahaja (OTP).
"Mangsa hanya akan menyedari bahawa mereka telah ditipu apabila mereka mendapati transaksi yang tidak dibenarkan dibuat pada kad kredit atau debit mereka," tambah polis.
Polis menasihatkan orang ramai agar mengikuti langkah-langkah pencegahan jenayah berikut:
- Jangan klik pada pautan URL yang disediakan dalam e-mel dan mesej teks yang tidak diminta;
- Sentiasa mendapatkan kesahihan melalui laman web atau sumber yang rasmi;
- Jangan sekali-kali mendedahkan butiran peribadi atau perbankan Internet anda dan OTP kepada sesiapa; dan
- Membuat laporan jika terdapat sebarang caj kad kredit atau debit akibat penipuan dan membatalkan kad mereka dengan serta-merta.
Jika sesiapa mempunyai maklumat berkaitan penipuan sedemikian, sila hubungi talian polis di 1800-255-0000 atau lapor dalam talian di laman police.gov.sg/iwitness.
Untuk maklumat lanjut mengenai penipuan, sila kunjungi laman scamalert.sg atau hubungi talian antipenipuan di 1800-722-6688.

