Sehingga sejuta pengguna jalan raya dijangka menerima Kad Permotoran Nets secara percuma apabila mereka memasang peranti dalam kenderaan, atau On-Board Unit (OBU), kata firma bayaran itu pada 30 Mei.
Pemasangan OBU baru itu dimulakan dengan kenderaan seperti bas pada November 2023 dan kenderaan baru yang berdaftar mulai 1 Mei akan dilengkapi dengan peranti itu.
Dalam satu kenyataan media, Nets berkata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) akan mengedarkan kad tersebut kepada pengguna jalan raya yang telah memasang atau akan memasang OBU pada kenderaan baru dan yang sedia ada.
Kad itu sejajar dengan OBU kenderaan baru dan mampu selenggarakan bayaran sistem Bayaran Jalan Raya Elektronik generasi akan datang (ERP 2.0), tambah Nets.
Nets berkata kad tersebut tiada nilai simpanan, tapi berharga sekitar $5.
Kad tersebut diterima di semua tempat letak kereta di Singapura.
Pengguna jalan raya yang telah memasang OBU sebelum 1 Mei akan menerima kad mereka menerusi pos mulai pertengahan Jun 2024.
Mereka yang memasang OBU mulai 1 Mei hingga 30 Jun akan menerima kad mereka menerusi pos dalam tempoh lima minggu daripada tarikh pemasangan OBU.
Pengguna jalan raya yang memasang OBU mulai 1 Julai akan menerima kad mereka semasa pemasangan dilakukan.
Mereka yang perlukan bantuan boleh hubungi Khidmat Bantuan Panggilan LTA di talian 6377-2255.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg