Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ho Ching bersara selaku CEO Temasek 1 Okt; diganti Dilhan Pillay

Feb 10, 2021 | 5:30 AM
PERTUKARAN PUCUK PIMPINAN: Cik Ho Ching (kiri) akan melepaskan jawatan CEO dan pengarah eksekutif Temasek Holdings kepada Encik Pillay (kanan), yang juga adalah CEO cabang pelaburan, Temasek International. - Foto BH oleh KUA CHEE SIONG
PERTUKARAN PUCUK PIMPINAN: Cik Ho Ching (kiri) akan melepaskan jawatan CEO dan pengarah eksekutif Temasek Holdings kepada Encik Pillay (kanan), yang juga adalah CEO cabang pelaburan, Temasek International. - Foto BH oleh KUA CHEE SIONG -

SETELAH berkhidmat sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) Temasek Holdings sejak 2004, Cik Ho Ching akan bersara dari jawatan itu dan jawatan pengarah eksekutif firma pelaburan negara itu dari 1 Oktober ini.

Cik Ho Ching, 67 tahun, akan digantikan oleh CEO cabang pelaburan Temasek International (TI), Encik Dilhan Pillay, 57 tahun.

Cik Ho Ching menyertai Temasek sebagai pengarah eksekutif pada Mei 2002 dan dilantik menjadi CEO pada 1 Januari 2004.

Semasa baru mengambil alih jawatan CEO, portfolio Temasek bernilai $90 bilion dan kebanyakannya dilaburkan di Singapura.

Di bawah kepimpinannya, ia telah meningkat nilai pelaburan tiga kali ganda mencapai lebih $300 bilion di sebalik pandemik Covid-19, kata kenyataan Temasek.

Encik Pillay merupakan seorang peguam korporat dan rakan kongsi pengurusan Wong Partnership sebelum menyertai Temasek sejak 10 tahun lalu.

Pada 2019, lulusan Universiti Cambridge itu menjadi CEO Temasek International dan bertanggungjawab dalam menguruskan kegiatan portfolio dan pelaburan Temasek.

Encik Pillay akan kekal sebagai CEO Temasek International selepas 1 Oktober.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg