Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hospital Alexandra tawar khidmat sehenti kepada pesakit

Dec 14, 2018 | 5:10 PM
MODEL PENJAGAAN BARU: Encik Max Lim, seorang jurupulih pekerjaan kanan, membantu membimbing seorang pesakit melakukan kegiatan harian di Pusat Pemulihan Hospital Alexandra.
MODEL PENJAGAAN BARU: Encik Max Lim, seorang jurupulih pekerjaan kanan, membantu membimbing seorang pesakit melakukan kegiatan harian di Pusat Pemulihan Hospital Alexandra. - Foto LIM YAOHUI

PESAKIT di Hospital Alexandra akan dijaga satu pasukan penjagaan kesihatan - mulai saat mereka masuk ke hospital hingga mereka dibenarkan keluar - di bawah satu model penjagaan baru yang dirintis di Singapura buat kali pertama.

Dinamakan model hospital besar bersepadu, langkah itu bertujuan memenuhi keperluan pesakit warga emas yang kian bertambah dengan lebih baik, dengan ramai daripada mereka mempunyai pelbagai masalah kesihatan.

Sejak Jun lalu, seramai 2,500 pesakit telah meraih manfaat daripada model baru itu.

Ia adalah hasil kerjasama antara Hospital Alexandra, yang merupakan sebahagian Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS), dengan Pejabat bagi Perubahan Penjagaan Kesihatan Kementerian Kesihatan dan penduduk Queenstown.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg