Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hospital baru bakal dibina di Bedok North jelang 2030

Nov 13, 2020 | 4:52 PM
Hospital yang bakal dibina di Bedok North akan membolehkan pemerintah memberikan keperluan penjagaan kesihatan masyarakat di daerah timur Singapura dengan lebih baik, kata Encik Gan Kim Yong. - Foto fail
Hospital yang bakal dibina di Bedok North akan membolehkan pemerintah memberikan keperluan penjagaan kesihatan masyarakat di daerah timur Singapura dengan lebih baik, kata Encik Gan Kim Yong. - Foto fail -

PEMERINTAH bakal membina sebuah hospital bersepadu baru bersebelahan stesen MRT Bedok North yang akan dibuka menjelang 2030, kata Menteri Kesihatan Gan Kim Yong pada Jumaat (13 Nov).

Hospital yang akan dibina di daerah Bedok Reservoir Road dan Bedok North Road itu akan menggabungkan hospital besar dan hospital masyarakat.

Hospital besar akan menyediakan khidmat kecemasan dan perkhidmatan pesakit, manakala hospital masyarakat pula akan menyediakan khidmat perantaraan seperti pemulihan dan rawatan sub-akut untuk menyokong pesakit yang dibenarkan pulang dari hospital besar.

Hospital baru itu bakal dikendalikan SingHealth, lapor The Straits Times.

"Hospital yang bakal dibina di Bedok North akan membolehkan kita memberikan keperluan penjagaan kesihatan masyarakat di daerah timur Singapura dengan lebih baik," kata Encik Gan.

Sementara itu Kementerian Kesihatan (MOH) berkata ia akan mengeluarkan tender dalam beberapa minggu akan datang untuk melantik perunding projek bagi merancang dan melakarkan reka bentuk hospital bersepadu itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg